23 December 2018

VIDEO: "MAK KATA SAYA KHUNSA" - SAJAT MENGADU, MERENGGEK MANJA


"Saya memang rapat dengan keluarga!!! Apa masalah sekali pun, saya tetap mengadu kat mak ayah saya.. orang luar tak kan faham apa kita rasa.. hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia.. bukan wartawan, buka orang luar, ini mak saya, mak yg melahirkan anaknya..





"Mak saya tahu saya siapa.. mak saya kata saya khunsa.. saya sedih orang dok hina saya.. bukan saya nak jadi macam ini.. siapa nak dilahirkan serba kekurangan.. Alhamdulillah keluarga saya dan adik-beradik saya sentiasa bersama saya bila berlaku mcm ini, keluarga tetap support saya..

"Biarlah orang hina kita, keji kita, bercakap macam2 pasal kita.. mereka kenal kita dia media sahaja, bukan dia tahu Sajat siapa!! Tapke Sajat, mak ayah ada.. orang nak kata apa, katalah.. yang penting mak ayah saya tahu saya siapa...

"Sajat buat jer kerja Sajat, jaga anak2, jaga perniagaan, jaga diri, fokus berniaga.. kita susah pun orang mengata, kita senang pun orang mengata.. asalkan Sajat tak ada tipu duit orang.. Terima kasih mak ayah sbb sllu ada masa Sajat tgh down.. keluarga ttp bersama dgn kita.. yg baik dtg dr Allah, yg jahat dtg dr kita..

Klik untuk gambar besar


"Jgn sesekali menghina.. tegur dgn cara kasih sayang," tulis usahawan kosmetik, Nur Sajat yang muatnaik video di akaun Instagramnya, mengadu kepada ibu bapanya mengenai dirinya mendapat kecaman, kritikan dan teguran dari netizen berhubung nama dan jantina sebenarnya itu.

Dalam pada itu, Sajat tutur berterima kasih kepada ibu bapanya yang sentiasa ada bersamanya dalam waktu susah dan senang. Video tersebut memaparkan aksi Sajat yang mengadu dan merenggek manja kepada ibunya yang sedang memotong cili di dapur.

Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap aksi ketiga-tiga beranak itu. Video tersebut yang dimuatnaik semalam itu kini sudah mendapat hampir setengah juta tontonan.



Kecoh beberapa hari lalu mengenai ahli perniagaan itu yang didakwa di Mahkamah Seksyen Shahm Alam pada Rabu kerana gagal menjelaskan cukai GST. Bagaimanapun, usahawan sensasi itu telah pun membayar denda.

Selain kes berkenaan, netizen pada masa sama turut mempersoalkan perihal nama sebenarnya yang selama ini tidak pernah didedahkan mana-mana pihak.

Pelbagai, status itu mungkin ada kaitan dengan segala apa konflik yang berlaku terhadap dirinya. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata telah memberikan komen yang pelbagai.

Terdahulu, kad pengenalan Sajat telah tersebar luas di media sosial sekali gus menjadikan usahawan itu 'naik hantu'.










VIDEO MENGADU YANG DIMUATNAIK OLEH SAJAT DI INSTAGRAM



www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan & Instagram Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: