23 December 2018

AL-FATIHAH - PENYANYI 'CINTA UNTUK NABILA', USTAZ RADZI MENINGGAL DUNIA


Pada jam 11.10 malam semalam, bekas penyanyi kumpulan rock Melissa yang aktif pada tahun 1990-an dan pernah popular dengan lagu 'Cinta Untuk Nabila', Ustaz Radzi dilaporkan meninggal dunia.





Difahamkan, Allahyarham bersama rakannya daripada kumpulan Melissa itu menjayakan persembahan untuk program Hiburan Santai Seniman anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Panggung Anniversari.

Ustaz Radzi atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Abdul Hamid, 52, merupakan orang terakhir menjayakan persembahan dan berada di atas pentas sekitar pukul 10.30 malam untuk menyanyikan lagu pertama berjudul 'Kami Mat Rock'.

Menurut Presiden Rurov Republic, Ammerz Danish menerusi posting di Facebook miliknya, Ustaz Radzi rebah dan terus sujud ketika membuat persembahan itu dibawa ke belakang pentas sebelum disahkan meninggal dunia akibat kekurangan oksigen oleh pasukan perubatan yang memberi bantuan tidak lama selepas itu.

Klik untuk gambar besar


"Di minit ke 17 ustaz Radzi Melissa II yg popular dengan lagu cinta utk nabila rebah Dan terus sujud.. terus direhat kan. kami di belakang pentas menunggu keputsan dari pegawai perubatan..

"KITE SAME2 BERDOA AGAR BELIAU PULIH SEPERTI SEDIAKALA. GET WELL SOON MY SIFU. DAN BELIAU TELAAH DI SAH KAN MENIGGAL DUNIA PADA 11.10pm td di back stage pangung anniversary sebentar tadi AL. FATIHAH," tulisnya yang turut berkongsi video live Ustaz Radzi yang sedang membuat persembahan tiba-tiba rebah.

Difahamkan jenazah Allahyarham yang turut diiringi dua anaknya itu terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.


KLIK LINK DIBAWAH INI UNTUK TONTON VIDEO:

VIDEO 1
VIDEO 2



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: