23 December 2018

BERADA DI PERTH, AUSTRALIA - RAJA ILYA NIKAH ESOK


"Sekarang saya berada di Perth dan esok adalah hari paling bermakna buat saya. Saya akan berkahwin di sini. Kepada sesiapa yang saya tidak jemput, minta maaf kerana majlis ini dilakukan secara sederhana sahaja. Insya-Allah, akan ada sebuah majlis lain pada tahun depan.





"Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan mendoakan kebahagiaan saya," kata pelakon Raja Ilya yang mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Perth, Australia esok.

Menerusi sebuah rakaman video di laman Instagramnya beberapa jam lalu, Raja Ilya memberitahu majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekatnya sahaja.

Bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu tidak menyatakan waktu sebenar majlis perkahwinannya akan berlangsung.

Klik untuk gambar besar


Dalam rakaman video berdurasi seminit tersebut, pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu sempat menunjukkan lokasi dan konsep majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung iaitu di sebuah taman.

Terdahulu pada 1 November lalu, Raja Ilya mengumumkan telah menerima lamaran daripada kekasihnya dengan berkongsi sekeping gambar dia menyarung sebentuk cincin bertatahkan berlian pada jari manisnya.

Raja Ilya dan bakal suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 37 tahun mula berkenalan sejak tahun 2012.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Instagram Raja Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: