23 December 2018

"MENTAL AKU HAMPA MAINKAN" - TUNANG ADIB SELAR PENCIPTA AKAUN PALSU


Tunang anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia akibat parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, 27 November lalu, iaitu Nurul Najihah Radzi telah meluahkan rasa kecewa apabila wujudnya banyak akaun palsu dirinya di laman sosial.





Najihah menyelar beberapa pencipta akaun palsu itu kerana sengaja mengambil kesempatan untuk melakukan perniagaan dia atas kedukaan orang lain. Menurut Najihah, sepatutnya mereka perlu menghormati diri dan situasi yang berlaku sekarang.

"Kepada pencipta fake account, jangan seronok sangat ambil kesempatan dengan situasai sekarang. Respect orang sama. Nampak benda ni macam kecil, tapi mental aku hampa mainkan.

"Saya masih boleh bercakap cara baik, jangan sampai saya guna cara kasar. Guna kesempatan untuk naikkan perniagaan, nak cepat famous, tak berbaloi. Tolong ya," tulis tunang Adib itu yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi perkongsing itu, dia turut memuatnaik foto akaun-akaun palsu tersebut. Najihah berharap pencipta akaun palsu itu boleh memberhentikan aktiviti terkeji mereka.

Adib dan Najihah merancang melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember ini namun tidak kesampaian apabila Adib disahkan meninggal dunia selepas tiga minggu menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Jenazah Adib dibawa menaiki helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Kedah untuk urusan pengkebumian.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: