12 December 2018

HAMPIR 100K PENGIKUT HILANG - AMIR MASDI KECEWA DIGODAM


"Seperti yang anda lihat, akaun rasmi saya digodam sejak beberapa hari lalu. Jangan tanya bagaimana ia berlaku kerana semuanya terlalu pantas. Perkara ini memberi kesan kepada saya.





"Jadi ini adalah akaun baru mungkin untuk sementara atau kekal bergantung sama ada saya mampu dapatkan semula akaun lama," ujar penyanyi Amir Masdi yang kecewa apabila akaun Instagram miliknya yang mempunyai hampir 100,000 pengikut digodam individu tidak bertanggungjawab.

Amir berkata, perkara itu berlaku dengan pantas dan dia kini berusaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut.

Penyanyi lagu 'Puas' ini berkata, akaun baharu dengan @amir_masdi yang baru didaftar ini menjadi bab baru dalam kehidupan kerjayanya sebagai artis.

Klik untuk gambar besar


Dia berjanji untuk memuatnaik kandungan dan foto-foto yang terbaik sebagai kenangan dalam akaun tersebut.

"Ini merupakan bab baru saya dalam kerjaya sebagai penyanyi. Saya akan cuba untuk memberikan kandungan yang terbaik. Terima kasih kerana terus menyokong kerjayanya sehingga kini," katanya.

Tambah bekas juara Akedemi Fantasia 2016 (AF2016) itu, dia tidak boleh terus berasa putus asa dengan apa yang berlaku.

"Kita tak boleh tunduk dan putus asa, ambil nafas dan teruskan perjuangan sehingga kita sampai ke destinasi. Allah perancang yang terbaik, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya," tuturnya.












www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: