11 December 2018

"TAK BOLEH HARAPKAN PENGAPIT, DIORANG BUKAN AMAH" - TASHA MANSHAHAR


Baru-baru ini, penyanyi Tasha Manshahar menerusi laman Instagram terpanggil untuk mengulas Tweet yang tular di media sosial mengenai keluhan seorang pengantin mengenai sikap pengapit pengantin yang tidak membantu sepanjang majlis.





Tasha yang baru mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Raqib Majid menasihati bakal pengantin agar tidak melayan pengapit pengantin seperti orang gaji.

"Kita pun sebenarnya tak boleh harapkan bridesmaids untuk buat kerja sebab dorang bukan amah. Tapi kawan baik selalunya akan offer untuk bantu. Sebab dorang nak raikan kita. Nak feel moment tu dengan kita," katanya.

Berkongsi pengalaman sendiri, kata Tasha dia bersyukur dikelilingi teman rapat yang sanggup menawarkan diri dan bersusah payah membantu menyempurnakan majlis perkahwinannya.

Klik untuk gambar besar


"I had the best bridesmaids for my wedding. Alhamdulillah. Dorg sama-sama 'ketibas' dengan tuan rumah malah lebih teruk. Dari preparation, berinai, nikah sampai selesai majlis resepsi, they helped me alot!

"They came early balik lambat. Make sure barang-barang keperluan pengantin cukup. Siap ada checklist. Tolong gosokkan baju yang besar dan berat tu. Remind me to eat, to have a good rest. Tolong family I prepare mana yang patut.

"At least sesiapa of them mesti ada near me masa majlis just incase I needed anything. Jagakan barang. Siap tolong nyahkan orang-orang atau perkara-perkara yang boleh buat I moody. Paling penting dorang buat I sentiasa tenang, tak bagi I overthinking pada hari kejadian," kongsinya.



Kongsi Tasha, pemilihan pengapit pengantin menjelang majlis perkahwinan juga penting bagi memastikan kelancaran dan komitmen sepanjang acara.

"Kalau boleh pilih bridesmaid yang tak ada komitmen kerja atau anak kecil, yang sihat, yang duduk pun area berdekatan atau yang boleh adjust, sebab kita tak nak sampai kita pula menyusahkan dorang," ujar Tasha lagi.

Tambah Tasha, jika niat ikhlas untuk menjamu tetamu mengikut kemampuan, bersedekah dan berkongsi berita gembira tentunya akan dipermudahkan Allah swt.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Tasha Manshahar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: