30 December 2018

HASRAT 2019 - SAHARUL RIDZWAN MAHU TIMANG ANAK PEREMPUAN


"Hasrat tahun 2019 kalau boleh nak anak perempuan... InsyaAllah," kata pelakon Saharul Ridzwan yang memberitahu dia teringin untuk menimang anak perempuan sekiranya diberikan rezeki oleh Allah.





Saharul berkata, tidak hanya berazam untuk kariernya... malah dia berharap harapannya untuk mempunyai anak perempuan terlaksana.

Sementara itu, Saharul yang baharu sahaja pulang mengerjakan umrah itu turut memberitahu pengalaman ke Makkah bersama anak lelakinya, Muhammad Luth Ali yang berusia 18 bulan tidak sukar seperti sangkaannya.

Sebaliknya kata Saharul, walaupun anaknya masih kecil dan lasak namun dia bersama isteri, Qaabila Deena Emir dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sempurna.

Klik untuk gambar besar


"Apabila bawa anak kecil ke sana cabaran itu memang ada kerana kita kena ikut masa dia tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kami sekeluarga berada di sana.

"Sebelum ini timbul juga rasa bimbang namun Allah permudahkan urusan kami dan kepada yang nak bawa anak kecil ke sana pesan saya tidak perlu takut.

"Kemudahan di Makkah dan Madinah sebenarnya banyak yang mesra kanak-kanak dan pengalaman ini memori berharga buat kami sekeluarga," katanya.



Bercakap mengenai perkembangan karier seninya, Saharul berkata bermula Januari ini dia akan kembali sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk TV3.

Kata Saharul, dia juga akan kembali sebagai hos program sukan ekstrem, Impak Aksi musim kedua yang akan disiarkan di TV1.

"Alhamdulillah pelbagai aktiviti menanti saya pada tahun depan dan azam saya tidak mahu hanya tertumpu kepada lakonan sahaja sebaliknya ingin mengembangkan bakat dalam pengacaraan.

"Impak Aksi yang sudah pun masuk musim kedua diharap dapat menjadi titik tolak kepada lebih banyak peluang dalam bidang pengacaraan selepas ini," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: