31 December 2018

JUARA MENTOR 7 - PROTEGE SITI NORDIANA, ZAAIM BOLOT RM80K & KERETA


Malam semalam, pertandingan program Mentor musim ke-7 yang telah sembilan minggu bersiaran itu telah pun berlabuhkan tiraikan apabila Zaaim yang merupakan protege Siti Nordiana dinobat sebagai juara sekaligus menepati ramalan ramai.





Kemenangan itu melayakkan Zaaim menerima hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan sebuah kereta tajaan Aerocar bernilai RM70,000.

Zaaim atau Zaaim Abdullah, 28, menyampaikan dua buah lagu iaitu 'Bukan Rayuan Gombal' nyanyian asal Judika dan 'Gemuruh' duet bersama Lan Solo.

Zaaim menewaskan tiga orang pesaingnnya yang tidak kurang hebat iaitu Amirul yang juga protoge Hafiz, Pasya (Aizat) dan Ranisha (Datuk Syafinaz).

Pasya atau Faizul Ashraf Fauzi, 24, yang memenangi tempat kedua itu menerima wang tunai RM40,000. Pasya menerima pujian ketika membawakan lagu 'Bohemian Rhapsody' bersama Jaclyn Victor. Turut memilih lagu 'Bunga-Bunga Cinta' nyanyian Misha Omar untuk persembahan solo.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, tempat ketiga milik Azmirul, 26, yang memilih lagu 'Bagaikan Sakti', berduet dengan Ernie Zakri dan lagu solo, 'Laksamana Raja Di Laut' itu membawa pulang wang tunai RM20,000.

Manakala Ranisha atau Farranisha Shazwany, 18, yang menduduki tempat keempat itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Menerima komen positif juri tetap, Datuk Wah Idris dan Mas Idayu, persembahan Zaaim yang penuh bertenaga itu turut mendapat penghormatan daripada mereka.

Menurut juri tetap, Datuk Wah Idris berkata, persembahan Zaaim pada malam final ini merupakan persembahan terbaiknya sepanjang berada dalam program realiti itu.



"Tak tahu nak komen apa, malam ni persembahan awak betul-betul hebat, awak menyanyi penuh dinamik, ada semangat dan hidup sehingga buat saya 'rasa'.

"Awak perlu berterima kasih kepada mentor awak yang beri awak peluang untuk berada di pertandingan ini. Tahniah awak buat saya dan semua terhibur," ujarnya.

Markah peserta diadili juri tetap mewakili 50 peratus, manakala juri awam 20 peratus dan 30 peratus lagi berdasarkan undian atas talian di laman web www.xtra.com.my.

Malam kemuncak Mentor 7 itu dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan dan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Ella.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: