08 December 2018

HILANGKAN TAKUT - AWAL, SCHA LAKUKAN RAWATAN GIGI BERSAMA LARA


Bagi menghilangkan ketakutan kanak-kanak itu terhadap doktor gigi, pasangan selebriti, Awal Ashari dan Scha Alyahya terpaksa melakukan rawatan gigi bersama-sama anak mereka.





Dalam video yang dimuatnaik di laman Instagram Lara, menyaksikan kanak-kanak itu sedang menangis dan Awal sedang memujuknya. Dalam masa sama Scha menjalani rawatan membersihkan gigi.

Awal berkata, Lara seorang yang mudah mesra dan dia juga okey apabila diberitahu akan bertemu dengan doktor gigi.

"Bagaimanapun, sebaik saja melihat peralatan dalam bilik itu, dia mula menangis. Lara juga mudah belajar dari contoh dan sebab itulah kami turut sama-sama menjalani rawatan gigi.

"Supaya dia dapat melihat sendiri bagaimana pemeriksaan gigi dilakukan di mana ia tidaklah seperti yang dia bayangkan. Insya-Allah, kalau dia lihat semua okey, dia juga akan lakukannya pada temu janji akan datang," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Awal, sebagai ibu bapa, mereka sangat memahami setiap kanak-kanak itu ada kelemahan masing-masing. Begitu juga dengan Lara yang takut dengan doktor dan peralatan untuk rawatan dalam klinik.

Namun, pada usia Lara sekarang, mereka harus membawanya untuk menjalani pemeriksaan gigi sebagai salah satu langkah penjagaan gigi.

"Kalau boleh, kami tidak mahu paksa kerana doktor gigi memang akan guna banyak peralatan. Kami tidak buat kalau anak tak sedia lagi.

"Doktor di klinik gigi itu pun sarankan supaya kami mulakan dengan pemeriksaan gigi yang tidak menggunakan peralatan," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Lara Alana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: