18 December 2018

PERTUNANGAN SUFI AF2015 - IBU TIDAK RESTUI?


Pada Sabtu lalu, penyanyi Sufie Rashid telah selamat mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Nurulain Md Yusof selepas dua tahun menyulam cinta dalam sebuah majlis yang sederhana di Senawang, Negeri Sembilan.





Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, namun ramai yang tertanya mengapa ibu Sufie mahupun adik beradiknya tidak hadir ke majlis tersebut.

Menerusi akaun Facebook ibunya iaitu Irma Suriana Mahamud, beliau ada memuatnaik kenyataan seakan tidak merestui pertunangan anaknya itu. Eh kenapa pula?

Klik untuk gambar besar


Dalam status tersebut, Irma turut mengatakan beliau tidak rela dengan pihak yang sengaja ingin mengambil kesempatan dan mempermainkan anak lelakinya itu. Status tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi.

Tidak pasti status itu ditujukan kepada siapa, tetapi rata-rata netizen mempercayai ia berkaitan dengan bakal isteri Sufie itu.

Kata orang, kalau hendak berkahwin, restu ibu bapa itu penting agar rumah tangga yang dibina nanti harmoni. Apa-apa pun, kami harap mereka sekeluarga dapat bertemu empat mata dan cuba menyelesaikan segala masalah dengan baik.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: