18 December 2018

TUNAI UMRAH - ANAK SAHARUL RIDZWAN DIPUJI COMEL PAKAI IHRAM


Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan telah menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Qaabila Deena Emir dan anak sulung, Muhammad Luth Ali.





Menerusi entri di laman Instagram (IG), Saharul berkongsi gambar anaknya itu ketika mereka selesai menunaikan ibadah Umrah buat kali pertama.

"Alhamdulillah, dah selesai umrah," tulis pelakon drama bersiri 'Selafaz Cinta' itu ringkas.

Klik untuk gambar besar


Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat anak lelaki Saharul Ridzwan, Muhammad Luth Ali yang comel memakai kain Ihram ketika berada di Mekah.

Menerusi ruangan komen rata-rata memuji kecomelan Ali dan menganggap dia merupakan seorang kanak-kanak yang beruntung kerana dapat menunaikan Umrah ketika usia masih muda.

Untuk makluman, Saharul dan isterinya berkahwin pada 16 September 2016 dan pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki pada 6 Jun tahun lalu.




















www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: