18 December 2018

'PAPA' BERI ELLY MAZLEIN 'CINCIN ASSALAMUALAIKUM'


"Kami gelarkannya sebagai Cincin Assalamualaikum atau cincin perkenalan. Sebelum ini, Papa beberapa kali memberikan hadiah jambangan bunga. Jadi, hadiah kali ini lebih istimewa.





"Yang lebih membuatkan saya terharu adalah, bersempena sambutan ulang tahun kelahiran pada tahun ini juga, ada insan seperti keluarga dan Papa meraikannya bersama saya," demikian kongsi penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.

Baru-baru ini, Elly menerima sesuatu yang cukup istimewa di hari ulangtahun kelahirannya. Bagaimanapun dia menafikan bahawa hadiah yang diterimanya itu bukanlah untuk tujuan merisik atau pun pertunangan.

Apa pun, berita ini ternyata memberi harapan dan khabar gembira buat peminat setia bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) ini. Malah ramai juga yang tidak sabar menantikan Elly meniti hari bahagia.

Klik untui gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: