12 December 2018

"SEKSI BERTEMPAT, SAYA SUDAH MATANG" - ZIZI KIRANA


"Tidak mungkin saya bergaya keterlaluan ketika membuat persembahan kerana saya berpakaian mengikut kesesuaian acara. Saya akui, kebelakangan ini, rezeki saya semakin murah.





"Tetapi, setiap kali menerima tawaran, pasti saya dinasihatkan supaya tidak berpakaian seksi. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana seksi saya bertempat. Saya sudah matang dan tahu membawa diri," jelas penyanyi Zizi Kirana.

Kerana membawa penampilan yang seksi, Zizi mengakui dirinya sentiasa diingatkan supaya tidak berpakaian seksi oleh pihak penganjur terutama kebelakangan ini, tawaran persembahan semakin mencurah.

Klik untuk gambar besar


Jelas Zizi, kebanyakkan penganjur risau beliau tampil seksi ketika dijemput membuat persembahan namun penyanyi lagu 'Nak Ke Tak Nak' itu sentiasa menjaga penampilan profesional mengikut tempat.

Terbaru, Zizi sudah mengeluarkan single baharu, 'Siapa Yang Bap Bap', ciptaannya bersama DJ Fuzz dan Waris. Dengarnya lagu tersebut turut mendapat perhatian skuad Harimau Malaya yang membuat video parodi.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: