12 December 2018

DIKATA 'BANGSA FINAL', DAPAT 'TIKET FREE' - UMMI & DIANA TAMPIL 'BIDAS'


Semua mengetahui mengenai wujudnya beberapa geng kroni yang dengan mudah mendapat tiket final AFF Suzuki Cup 2018 dan perkara tersebut telah membangkitkan kemarahan netizen dan penyokong bola.





Memang tidak adil kepada mereka yang berhempas-pulas beratur dan sanggup tidur di stadium untuk membeli tiket mengikut sistem penjualan yang ditetapkan.

Turut terkena tempias gara-gara isu tersebut ialah pelakon Ummi Nazeera dan Diana Danielle. Hadir menyokong pasukan Harimau Malaya semalam bersama rakan artis, ada pihak yang mendakwa kumpulan selebriti ini mendapat tiket percuma daripada 'geng kroni'.

Malah, ada yang mengatakan mereka ini 'bangsa final'. Untuk pengetahuan anda, istilah 'bangsa final' ditujukan kepada mereka yang hanya akan muncul di perlawanan-perlawanan besar seperti perlawanan akhir ataupun dalam erti kata lain bukanlah penyokong setia.

Klik untuk gambar besar


Bukan sahaja isu tiket yang dipertikaikan, malah pemakaian topeng mulut juga turut dipersoalkan. Tidak hanya berdiam diri, Ummi dan Diana membidas segala tuduhan serta fitnah yang dilemparkan dan menjelaskan mereka membeli tiket perlawanan itu secara atas talian, dengan duit mereka sendiri. Bukan ditaja oleh mana-mana pihak.

Terdahulu, viral isu seorang wanita menayangkan 2800 keping tiket pertandingan akhir AFF Suzuki 2018 yang berlangsung semalam tanpa mengikut prosedur yang betul.

Malah, ada juga individu yang memuat naik video di Instagram turut menayangkan puluhan tiket yang diterima dengan kapsyen 'Geng Kroni'. Ada yang mengambil kesempatan untuk menjual tiket dengan harga yang lebih mahal.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: