08 December 2018

SELAMAT NIKAH KALI KE-4 - USAHAWAN KELANTAN PILIHAN NATASHA HUDSON


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Natasha Hudson yang kini sah bergelar isteri buat kali keempat dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan tepat pukul 8.30 malam semalam dengan hanya sekali lafaz.





Majlis yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dan ia dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan karib kedua pasangan mempelai tersebut.

Adik kepada Natasha iaitu Tania Hudson menerusi Instastory miliknya telah memuatnaik gambar mengucapkan tahniah buat kakaknya yang kembali bergelar isteri.

"Kepada kakak saya yang cantik, saya akan sentiasa berada di sisi kamu tidak kira apa pun," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Usaha untuk mendapatkan kenyataan Natasha atau nama penuhnya Natasha Liana Hudson 36, berhubung perkahwinannya itu bagaimanapun tidak berjaya.

Pada Oktober lalu, Natasha mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012. Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun rumah tangga itu hanya bertahan selama dua tahun. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.




www.myartis.com / Sumber: Utusan & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: