08 December 2018

PEMINAT HARAP JANGAN JUAL - INI PERJELASAN KELUARGA SALEEM


Baru-baru ini, peminat penyanyi lagenda Saleem telah dikejutkan apabila barangan koleksi arwah dijual melalui akaun media sosial Instagram (IG), miliknya.





Menerusi entri tersebut, beberapa barangan peribadi arwah ingin dijual kepada orang ramai yang mahu memilikinya terutama untuk pengikut setia arwah Saleem.

"Asssalammualaikum, siapa nak koleksi arwah Saleem yang hanya minat sahaja boleh Direct Message (Dm) saya," tulis entri tersebut.

Rata-rata mengakui terkejut dengan tindakan individu tersebut yang ingin menjual barangan peribadi arwah dan berharap agar keluarga dapat menyimpannya sebagai koleksi kenang-kenangan.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, pihak arwah Saleem tampil menjelaskan sebab kenapa koleksi barangan tersebut dijual. Katanya, jika ia terjual, hasil tersebut dijadikan sebagai dana untuk menaikkan haji arwah selain daripada untuk diderma atas nama Saleem.

"Sememangnya semua dana yang dikumpul hasil dari koleksi barangan beliau adalah untuk naikkan haji beliau selain daripada untuk dermaan atas nama beliau. Mungkin lebih baik begitu daripada saya terus simpan," katanya.

Untuk makluman, Saleem menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika dalam keadaan koma pada pukul 6.15 pagi 14 Oktober 2018.

Penyanyi yang berasal dari Setiu, Terengganu ini menerima rawatan di PPUKM ekoran terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu. Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta beliau berada dalam keadaan koma.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram arwah Saleem


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: