08 December 2018

"INI SOAL AGAMA, JANGAN MAIN-MAIN" - AZWAN ALI


Turut menyertai perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), selebriti Azwan Ali telah mencuri tumpuan di pekarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur.





Tampil dengan gaya tersendiri, Azwan yang diiringi beberapa rakan menyampaikan ucapan kepada hadirin di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, sebagai artis dia juga tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang usaha yang menggugat kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.

"Ini soal agama, jangan main-main. Kita tidak boleh bertolak ansur kerana ini isu agama. Saya akan bersama-sama dengan semua kerana kita kena tunjukkan kekuatan kita dengan bersatu padu," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: