11 December 2018

"SUAMI SAYA PUN... TAPI TAK POST" - FOTO YASIN BERI ANJING MAKAN DIKECAM


Menerusi laman Instagram, penyanyi Yasin Sulaiman telah berkongsi pengalaman dan memuatnaik foto dirinya memberi makan kepada dua ekor anjing ketika mendaki Bukit Tabur, Selangor baru-baru ini dan ia telah mendapat perhatian netizen.





Menurut Yasin, dia sengaja memberi ganjaran kepada anjing tersebut selepas haiwan itu menemaninya mendaki dari kaki gunung hingga ke puncak.

"Sedang mendaki bukit tabur sekumpulan anjing muncul & menemani hingga ke puncak. untuk itu saya bagi ganjaran tuna sandwich," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Namun, niat baik bekas kumpulan nasyid 'Brothers' itu telah disalah eriti oleh beberapa netizen yang menganggap dia sengaja mahu menunjuk kebaikan yang dilakukan.

Bagaimanapun ramai yang memuji sikap Yasin dan berpendapat ia contoh yang baik buat umat Islam yang lain kerana anjing juga cipataan Tuhan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Yasin Sulaiman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: