11 December 2018

LUAHAN ANAK SULUNG RITA: "DOA DADDY SIHAT, BOLEH MAIN DI FINAL"


"Rayyan harap daddy sihat dan boleh main malam ini. Jadi, boleh Rayyan dan adik tengok daddy di TV, Rayyan bertanya pada mummy juga di mana daddy? Mummy kata daddy cedera dan sebab itu Thailand dapat jaringkan gol.





"Kalau daddy ada mesti takkan gol. Jadi, Rayyan, adik dan mummy sentiasa doakan daddy sihat dan boleh beraksi dengan baik. Mummy cakap nak bawa Rayyan tengok di kedai mamak esok (hari ini).

"Tak dapat tengok daddy depan mata pun tak apa asalkan dapat tengok dia bermain. Semoga pasukan Malaysia menang," demikian luahan anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, yang mendoakan agar bapanya, Aidil Zafuan sihat dan boleh beraksi di final yang berlangsung malam ini.

Rayyan berkata, minggu lalu dia tidak berpeluang menyaksikan bapanya bermain pada perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 ketika menentang Thailand kerana mengalami kecederaan.

Sementara itu, Rita mengakui mendapat pelawaan daripada pelbagai pihak untuk menyaksikan final itu tetapi beliau menolaknya dengan baik.

Klik untuk gambar besar


"Diakui, sejak dari awal kejohanan lagi ramai pihak nak beri tiket. Begitu juga untuk perlawanan esok, tetapi saya menolaknya. Namun, jika jemputan itu datang daripada Aidil Zafuan sendiri, mungkin saya boleh pertimbangkan.

"Apa pun, jika tak dapat ke stadium saya tetap akan sokong pasukan Malaysia. Semoga Aidil sihat dan boleh bermain dengan cemerlang," kata pelakon drama 'Ahli Mesyuarat Tingkap' itu yang menpunyai seorang lagi anak bernama Airit Qaqa Arjuana, 7.

Untuk makluman, pemain skuad kebangsaan akan menentang Vietnam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Baru-baru ini, video anak-anak Rita melihat bapa mereka beraksi untuk Harian Malaya di restoran mamak mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan anak-anak Rita yang tidak dapat menonton perlawanan tersebut di stadium. Hanya mampu memendam rindu pada bapa mereka dan menyokong dari jauh sahaja.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: