09 December 2018
TYA ARIFIN HAMIL LAGI - ARIF JIWA BAKAL JADI ABANG
"Alhamdulillah, inilah saatnya berbagi khabar bahagia kepada semua. Alhamdulillah, Arif akan menjadi abang, insyaallah. Mohon doa nya kepada semua, semoga baby sehat wal'afiat.
"Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini, Alhamdulillah. Tya doakan semoga yang berhajat sama, diberi rezeki juga oleh Allah Swt.
"With love, Tya, Asyraf @asyrafkhalid dan Arif @arifjiwaasyraf #17weekspregnant," tulis juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin yang mengakui dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Klik untuk gambar besar
Menerusi entri di Instagram (IG), Tya berkongsi berita gembira itu kepada peminatnya dan mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah kepada Tya dan keluarga dan mendoakan kandungannya sentiasa sihat.
Untuk makluman, Tya dan Asyraf telah bernikah pada 1 November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Tya Ariffin & Asyraf Khalid
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment