13 January 2019

AKUI SALAH BAGI KENYATAAN - ISTERI MOHON HENTI KECAM TAUKE


"Here I want to say sorry to Tauke Jambu, ya betul saya yang salah dalam semua hal, dia tak salah apa, yang dia katakan itu semua betul. Statement yang saya silap sebelum ini gara-gara terlalu ikutkan hati baran, so you guys stop kecam dia okay, dia tak salah.





"Once again, I am so sorry Tauke Jambu," demikian tulis isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi yang memohon maaf kepada suaminya itu di atas tindakannya berkaitan isu rumah tangga mereka baru-baru ini.

Nadia yang berbuat demikian menerusi kemas kini di ruangan Instagram (IG Story) miliknya buat tatapan umum itu mengakui yang kenyataan sebelum ini tidak benar dan mahu semua pihak untuk berhenti mengecam suaminya atas kesalahan yang tidak wujud.



Nadia sebelum ini mengatakan yang Tauke mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain selain berkata sudah diceraikan melalui pesanan suara di Whatsapp.

Tauke bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dan menyifatkan hubungannya dengan isteri sedang diuji. Dia turut berkata, isterinya tidak dapat berfikir dengan matang kerana terlalu mengikut perasaan sehingga membuat kenyataan seperti itu di laman sosial.

Untuk makluman, Nadia dan Tauke mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: