21 January 2019

ARIL AF7: "KALAU AKU PERGI DULU, NAK BARING SEBELAH KAU JUGAK BANG"


Menerusi laman Instagram, penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril telah meluahkan rasa rindu terhadap arwah abang kesayangannya, Izwan Pilus yang meninggal dunia tujuh tahun lalu.





Melihat pada entri terbaru itu, Aril berkongsi luahan isi hatinya semalam dengan memuatnaik foto arwah abangnya.

"Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu, nak kongsi sedikit rasa yang setiap insan dalam dunia ni akan lalui iaitu #KEHILANGAN orang yang tersayang.

"Hari ini genap 7 tahun #IzwanPilus pergi meninggalkan kita mengadap ilahi, rasa #RINDU yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama.

Klik untuk gambar besar


"Rasa #TERKILAN melihat ada beberapa cita-cita dan impiannya yang tak sempat tercapai, semoga tenang rohnya bersama orang-orang yang beriman.

"Aku sayang abang aku sorang ni, kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang. Aku sentiasa doakan kau, sentiasa," tulisnya.

Manakala di ruangan komen pula, rata-rata mendoakan agar arwah Izwan Pilus ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan berharap Aril dapat melaksanakan cita-cita abanya itu.

Untuk makluman, Allahyarham Izwan Pilus menghambuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aril AF7


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: