21 January 2019

ARDELL AKUI PERNAH SAKIT TENAT, TERLANTAR BERBULAN DI RUMAH


"Ya, saya pernah mengalami sakit sehingga saya tidak mampu untuk berjalan dan terlantar di rumah berbulan lamanya. Bagaimanapun, saya tidak bersedia untuk memberitahu mengenai penyakit yang saya alami sekarang.





"Saya cuma berharap agar peminat dan khalayak dapat mendoakan agar kesihatan saya kembali seperti sedia kala," kata pelakon Ardell Aryana yang cuma berharap agar peminat dan khalayak dapat mendoakan agar kesihatannya kembali seperti sedia kala.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, mengakui pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Bagaimanapun, pelakon filem 'Surf This Love: Gelora Juara' itu enggan berkongsi mengenai sakit yang dialaminya dengan lebih terperinci.

Ardell diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia menghidap kanser tahap tiga selepas jururawat yang merawatnya di hospital meninggalkan komen sedemikian pada videonya yang sedang berkerusi roda di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Sejak isu tersebut tular, Ardell juga dilihat kurang berkongsi mengenai perkara-perkara peribadi dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sakit sebenar yang dialaminya.

Dalam pada itu, Ardell yang bakal muncul dengan filem baharu, 'XX Ray 3' pada 24 Januari depan memberitahu, berat badannya turun mendadak kerana hilang selera makan.

Pada asalnya, berat badan saya ialah 46 kilogram. Tetapi, sejak sakit, berat badan susut sehingga 27 kilogram. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan, berat saya menginjak ke 30 kilogram," tuturnya yang masih mendapat rawatan susulan daripada hospital.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Ardell Aryana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: