24 January 2019

DS SHAHIDA: "SEMOGA NANTI BESAR DIA TENGOK... TAHU SAYA PERNAH JAGA DIA"


Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida baru-baru ini telah memuatnaik sepotong video yang merakamkan aksi anak angkatnya, Qayyum yang berlatar belakang sedutan lagu.





Menerusi ruangan kapsyen, Shahida memberitahu lagu latar tersebut merupakan sebuah lagu khas yang didedikasikan buat anak-anaknya. Ia merupakan lagu selawat dan akan dikongsikan di saluran YouTube tidak lama lagi.

"Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy..... Belum siap lagi.... nanti dah siap kita letak kat Youtube... nanti dah besar boleh tengok balik 😍😍...

"Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun..... lagu selawat....... saya just suka2 je utk anak2 saya dgr.... tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum... semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia...," tulisnya.

Pada masa sama, Shahida turut meminta maaf buat kandung kanak-kanak berkenaan andai selama ini dia tidak dapat mendapat Qayyum dengan baik.

Klik untuk gambar besar


"Minta maaf juga kat mak Qayyum dan semua sebab saya x jaga Qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia... saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti..," katanya.

Lalu, perkongsian berkenaan secara langsung mengundang sebak di hati netizen, apatah lagi sedutan lagu tersebut juga turut mendayu-dayu.

Terdahulu, Qayyum yang baru sahaja sembuh dari diserang campak dikatakan akan diambil semula oleh ibu kandung dalam tempoh terdekat.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 800,000 kali dengan lebih 10,000 komen yang pelbagai darpada netizen.













VIDEO YANG DIMUATNIK OLEH DATIN SERI SHAHIDA







www.myartis.com / Sumber, foto & video: Media Hiburan & Instagram Datin Seri Shahida & Datuk Seri Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: