01 January 2019

ELYANA: "DAH 2019, TAK BOSAN KE 8 TAHUN DUDUK DALAM BADAN SAYA?"


"Terima kasih 2018 kerana banyak meninggalkan kenangan-kenangan indah... Semua yang pahit telah aku tukarkan menjadi manis semuanya.





"Kepada musuhku kanser, pleaseeee be nice to me... Dah tahun 2019 dah, tak bosan ke lapan tahun duduk dalam badan saya?," demikian tulis penyanyi dan pelakon Elyana di laman Instagram miliknya.

Sejak mengumumkan dirinya sedang bertarung dengan kanser limfoma tahap empat, Elyana dilihat begitu tabah menghadapi ujian tersebut.

Elyana memberitahu dia berharap kedatangan 2019, 'musuh' terbesarnya akan meninggalkan dirinya selepas lapan tahun bertarung dengannya.

Klik untuk gambar besar


Elyana pertama kali mendedahkan dia menghidap barah ketika tersingkir pada minggu kelima pertandingan Gegar Vaganza musim ke-2 (GV4) dua tahun lalu.

Penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu mendedahkan dia menghidap kanser sejak lapan tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi sehingga tujuh kali sejak 2014.

Dalam pada itu, Elyana menerusi status sama turut mengingatkan dirinya agar menjadi insan yang kuat fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran hidup termasuk penyakit dihadapinya.

Kata Elyana, dia tidak akan mudah berputus asa kerana tahu dirinya kuat selain mendoakan dirinya menjadi insan lebih baik di sisi Allah.



"Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal... Tetaplah menjadi dirimu... Tetaplah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.

"Please untuk tahun 2019 ni, jangan cepat putus asa sebab saya tahu awak kuat Nana! Semoga menjadi manusia lebih baik," katanya.

Elyana mengumumkan dia menghidap kanser ketika tersingkir pada minggu kelima program Gegar Vaganza musim keempat dua tahun lalu.



"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberiku peluang untuk melangkah ke tahun 2019. Semoga aku menjadi hambaMu yang lebih baik Ya Allah... Terima kasih korang semua untuk tahun 2018," tuturnya.

Pada Oktober lalu, Elyana menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas ada individu memberi teguran pedas kepadanya berhubung penyakit dihadapinya.

Ketika itu, kanser Elyana mendedahkan barah limfoma dihadapinya dikesan merebak di sekitar saraf tunjangnya dan boleh mengakibatkan lumpuh.

Elyana perlu menjalani rawatan radioterapi atau terapi sinaran iaitu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah sebanyak 10 kali rawatan.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: