01 January 2019

FATIN AFEEFA TERIMA FOTO BOGEL, DIUGUT POTONG RAMBUT, CUCUK MATA


Memberitahu dia banyak menerima mesej dan foto lucah daripada wanita dan lelaki di laman Instagram, pelakon Fatin Afeefa, 24, berkata dia terpaksa mendedahkan salah satu mesej tersebut selepas menerima ugutan daripada seorang wanita yang menggunakan akaun bernama 'Babyyald'.





"Saya dapat banyak mesej dan foto lucah bukan sahaja daripada lelaki tapi wanita juga. Kalau ikutkan, saya memang tak layan pun dan biarkan sahaja.

"Tapi ada seorang ini pada mulanya dia mesej bertanyakan fasal bulu mata saya. Selepas itu tiba-tiba dia maki dan menghantar foto bogelnya kepada saya.

"Saya dedah perbualan itu sebab dia ugut kata nak potong rambut dan cucuk mata saya kalau jumpa saya di tengah jalan," tuturnya.

Klik untuk gambar besar


Pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin ini diminta mengulas mengenai foto perbualan dengan seorang wanita yang menghantar gambar lucah kepadanya di laman sosial.

Tambah Fatin, ramai orang salah faham dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dia tidak berminat pada lelaki.

Menurut pelakon drama 'Red Velvet' ini, dia lebih selesa dengan kehidupannya kini tanpa memerlukan seorang lelaki di sisi.

"Ramai wanita salah faham dengan kenyataan saya sebelum ini. Sebab itu mereka ingat saya ini lesbian (suka perempuan).



"Tapi maksud sebenar saya itu, saya selesa dengan kehidupan sekarang dan tak terfikir untuk berkahwin pun," ujarnya.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia.

Dalam pada itu, Fatin bakal mengeluarkan single pertama yang masih dirahsiakan judulnya pada Januari atau Februari.

"Insya-Allah saya akan keluarkan single pertama pada Januari atau Februari. Lagu dah siap dalam 90 peratus tapi tajuknya nanti saya beritahu," katanya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: