11 January 2019

FOTO 'MESRA' TERSEBAR LAGI - ZUL DAH 'KAHWIN' DENGAN WANITA UKRAINE?


Baru-baru ini, menerusi laman Astro Gempak, Miss K dapat WhatsApp dari seorang rakannya yang menghantar beberapa keping foto screenshot yang diambil dari dua page yang sangat popular di laman Instagram.





Dalam aktikel tersebut, Miss K memberitahu yang matanya tak berkelip apabila tengok foto yang kawannya hantar itu... Ini kerana foto 'mesra' tersebut adalah pelakon sado, Zul Ariffin dengan seorang wanita Ukraine yang pernah dikaitkan dengan Zul tahun lalu.

Dalam masa sama, kawan Miss K siap tanya lagi, adakah pelakon filem 'Tombiruo: Penunggu Rimba' itu sudah berkahwin dengan wanita Ukraine terbabit? Kami difahamkan, Zul kini sedang berada di Thailand bagi menikmati percutian disana.

Klik untuk gambar besar


"Mungkin wanita dalam foto terbabit kawan rapat Zul je kot. Tak percayalah Miss K, takkan Zul kahwin tak jemput media kan?. Miss K sempat usaha Instagram wanita terbabit, nampak Zul follow akaun dia...," katanya.

Apapun, jika benar Zul sudah berkahwin.... kami doakan yang baik-baik buatnya. Kami berharap agar netizen diluar sana, berhenti buat spekulasi. Apa kata kita tunggu sahaja penjelasan Zul, okay?








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: