11 January 2019

2 KALI TUNDA KAHWIN - IDRIS KHAN AKUI TAK TERKILAN


"Sudah tentu tidak sebab semuanya Allah sudah atur, tidak awal tidak lambat. Saya juga percaya apa yang berlaku ini untuk kebaikan saya, yang hanya Allah lebih mengetahui," demikian kata pelakon Idris Khan yang memberitahu dia tidak terkilan biarpun perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya sudah dua kali tertunda.





Idris, 30, bagaimanapun menggangap semuanya berlaku adalah percaturan dari Yang Maha Esa. Terdahulu, Idris dan Sanaa sepatutnya berkahwin pada 20 Januari 2018, namun terpaksa ditunda kerana kakak bakal isterinya baru bersalin. Kemuadian, Idris menunda perancangan itu pada hujung tahun lalu.

Ditanya adai perkara ini terus menjadi perbualan netizen mengenai status perhubungan yang belum ke jenjang pelamin, Idris percaya masyarakat dan peminat akan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Saya percaya orang ramai dan netizen sentiasa mendoakan yang baik-baik. Jadi Alhamdulillah saya bersyukur ada peminat yang sangat menyokong," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: