02 January 2019

IFA RAZIAH BENGANG DIFITNAH - ZARINA ANJOULIE MINTA MAAF


Ramai pasti mengenali pelakon Zarina Anjoulie yang sering aktif di media sosial dan juga sering mencetuskan kontroversi dalam kalangan artis dengan mendedahkan cerita-cerita panas.





Terbaru, Zarina menerusi Instagram Live pada malam sambutan tahun baru didakwa telah mendakwa selebriti Ifa Raziah mempunyai hubungan rahsia (skandal) dengan bekas kekasihnya. Lebih mengejutkan, Ifa dikatakan mengajak lelaki itu bermalam di hotel.

Sedih dan terkejut dengan perkara itu, Ifa menafikan beliau mengenali teman lelaki yang dimaksudkan oleh Zarina. Menurutnya, apa yang dikatakan Zarina hanya fitnah semata-mata.

Tidak lama selepas itu, Zarina memuatnaik pula status memohon maaf kepada Ifa dan beliau menjelaskan tidak mempunyai sebarang niat untuk menyakiti hati mana-mana pihak.

Agak berat tuduhan yang dilemparkan dan kami harap Ifa dapat bersabar dengan apa yang berlaku.

Klik untuk gambar besar








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Instagram Ifa Raziah & Zarina Anjoulie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: