17 January 2019

"JODOH DITENTUKAN ALLAH" - NAZIM GEMBIRA BELLA BERTUNANG


Berita mengenai pertunangan pelakon Bella Dally semalam itu telah mengejutkan ramai pihak hingga ada yang mendakwa terlalu cepat Bella mendapat pengganti selepas bercerai dengan bekas suami yang juga pelakon, Nazim Othman lapan bulan lalu.





Namun, ada juga yang melihat berita itu harus dilihat sebagai ketentuan kerana urusan jodoh pertemuan terletak pada Yang Maha Esa.

Apabila berita pertunangan Bella tersiar di media, individu yang akan menjadi perhatian netizen sudah tentu Nazim yang pernah bergelar suami kepada Bella berkenaan.

Melihat pada laman Instagram Nazim, lelaki berkenaan menerima banyak ucapan kata-kata semangat yang meminta dia banyak bersabar dalam menerima berita pertunangan bekas isterinya itu.

Klik untuk gambar besar


Bahkan, ada juga netizen yang mendoakan Nazim juga akan diberi kesempatan untuk mengecap kebahagiaan dalam perkahwinan pada masa depan.

Sebagai reaksi, Nazim merakamkan penghargaan kepada semua yang memberi sokongan padanya. Dalam masa sama, Nazim memaklumkan, dia amat gembira mendengar berita pertunangan bekas isterinya itu. Jelasnya lagi, mungkin Allah ada perancangan lain untuknya.

"Jodoh ditentukan Allah... I'm happy for her and i believe Allah has a plan for me too," kata Nazim yang dipetik berkata di IGnya.



Pun begitu, ada juga juga sesetengah netizen mempersoalkan apa yang terjadi diantara pasangan itu hinggakan terlalu cepat Bella mendapat pengganti.

Untuk rekod, Nazim dan Bella mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir tahun lalu.

Pada Sabtu, Bella mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya yang hanya dikenali sebagai Arif, 34.

Apa-apapun, mungkin sudah takdir Tuhan dan jodoh untuk Bella, doakan yang baik saja.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: