17 January 2019

ISU 'KELAB MALAM' - HANEESYA HANEE ENGGAN BERI KOMEN


Biarpun ibunya sudah tampil memberikan kenyataan, juara program realiti Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee, 19, enggan mengulas lanjut mengenai video pendek yang menunjukkan dia sedang bersosial bersama beberapa rakan di kelab malam, yang tular baru-baru ini.





"Saya minta maaf. Buat masa sekarang, saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan," jawabnya ringkas mengenai kontroversi berparti dan meminum alkohol di kelab malam tempoh hari.

Terdahulu ibu Haneesya menjelaskan bahawa anaknya tidak seperti apa yang dilihat dalam video tersebut. Ibunya juga akui Haneesya mungkin sedikit 'culture shock' apabila dikelilingi kawan seperti itu.

Walaupun kesahihan video yang tersebar belum dapat dipastikan, netizen yang kecewa itu sudah mendesak pihak Majalah Remaja untuk menarik semula gelaran yang diberikan kepada Haneesya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nu Idektiv selaku pemilik jenama Dewi Remaja, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka masih menyiasat insiden tersebut.
Video itu tersebar di media sosial sejak dua hari lalu, namun dipadam oleh individu yang memuat naiknya tidak lama selepas itu.

Harapnya kontroversi ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Semoga finalis Dewi Remaja yang terbabit dalam kontroversi ini mendapat pengajaran dengan apa yang berlaku.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, azfrnasulaiman_ & Echolalia Pictures


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: