17 January 2019

SAJAT: "DAH KITA DILAHIRKAN CANTIK! NAME PUN KHUNSA"


"Dulu pernah menang miss kebaya 2009. Rasanya saya masih mantain seperti dulu. Ko rasa senak dengar stament dari I! Haahaaa yang penting saya pernah di crown tau! Gitew!





"Duduk tengah lagi! Beauty with brain. Walaupun ramai tak mampu terima kecantikan saya dulu dulu!! Dah kita dilahir kan cantik!

"Name pun khunsa, kecantikkan tu memang sesuatu lah kan," kata usahawan kosmetik dan juga penyanyi, Nur Sajat yang turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan cabaran #10YearsChallenge kerana mahu mengikuti trend semasa dan juga atas permintaan netizen.

Di laman Instagram, ramai selebriti berkongsikan gambar mereka sedekad lalu dengan melakukan #10yearschallange. Sajat yang tidak melepaskan peluang itu berkongsikan fotonya yang diambil pada 2009.

Klik untuk gambar besar


Menerusi gambar tersebut, Sajat memberitahu 10 tahun lalu dia pernah memenangi pertandingan Ratu Kebaya. Kata Sajat lagi, dia masih sama seperti dulu serta turut sekali lagi menegaskan bahawa dirinya khunsa.

Umum sedia maklum, status jantina Sajat masih lagi menjadi tanda tanya. Terdahulu, Sajat didakwa di mahkamah atas kesalahan gagal membayar cukai GST dan nama sebenarnya iaitu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman turut disiarkan di laporan akhbar.

Bagaimanapun menerusi satu laporan media, Sajat berkata nama sebenarnya itu tiada permulaan Muhammad atau Nur tetapi hanyalah Sajjad.

Rata-rata netizen masih tidak berpuas hati dengan sikap Sajat yang sehingga kini masih bermain teka-teki mengenai jantina sebenarnya.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: