24 January 2019

KENA KOMEN HAL 'SUSU BADAN' - ALMY NADIA 'NAIK ANGIN'


"Pagi-pagi ni bagi aku marah dan nak jadi hulk. Bod** dan BONGG** sangat dah kenapa!!! Aku kongsi salah tak kongsi salah. IG (Instagram) AKU SUKA HATI AKU LA FAHAM!!! Yang hampa (ejaan sebenar ialah hangpa bermaksud anda) nak copy paste lepas tu berdebat bagai nak mati dah kenapa?





"Lepas tu masing-masing buat dosa percuma... Hampa (hangpa) semua buat kenyataan lepas tu turut sama bagi aku dosa baca dan marah, dosa faham," kata pelakon Datin Almy Nadia di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu meluahkan rasa berang dengan segelintir netizen di laman sosial yang mempertikaikan kenyataan mengenai susu badannya berkurangan selepas dia berpantang dengan sihat.

Almy, 33, berkata netizen tidak perlu menambahkan dosa dengan berdebat tentang perkongsiaan tersebut kerana dia mempunyai hak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosialnya.

Klik untuk gambar besar


Pemilik nama Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah ini meluahkan rasa marahnya terhadap netizen di laman Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, Almy ada memuatnaik status mengenai pengambilan makanan pantang secara sihat disebabkan netizen mahu melihatnya kurus.

Disebabkan dia melakukan diet tidak mengambil sebarang makanan berasaskan gula, minyak dan garam menyebabkan susu badannya berkurangan.



Perkongsian tersebut telah mengundang kritikan netizen yang beranggapan Almy seolah-olah menyalahkan mereka. Dalam pada itu, Almy memberitahu netizen tidak perlu mengikutinya di laman sosial jika tidak menyukainya.

"Lepas tu pada yang tak suka aku tak payah nak komen, nak follow aku faham!!! Pergi main jauh-jauh. IG aku suka hati aku apa nak buat!!! Jangan nak lagak-lagak ahli muslimah sangat hampa (hangpa) nak buat kenyataan sendiri!!! Faham," ujarnya.

Almy kini masih dalam proses berpantang selepas melahirkan anak perempuan ketiganya yang bernama Nur Afrina Ayra pada 15 Disember tahun lalu.

Dia dan Fizz yang mendirikan rumah tangga pada 2014 memiliki dua orang anak, Nur arina Arianna, 4, dan Nur Afrina Aurora, 3. Selain itu, pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat bernama, Nur Afrina Darwisyah, 10.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, mStar & Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: