"Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan. Pekerja saya yang berada di khemah sempat menyelamatkan diri, namun barang banyak tidak dapat diselamatkan.

"Walaupun kejadian itu berlaku pelanggan tetap memberi sokongan dan datang ke gudang membeli produk saya. Ujian tanda Allah sayang, tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) di laman Instagram mengenai kejadia ribut di kawasan gudangnya.
Umum mengetahui beberapa negeri di Malaysia mengalami musim hujan dan ribut kebelakangan ini. Turut menerima tempias DSV yang mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila gudangnya roboh akibat ribut.
Klik untuk gambar besar

Menurut Vida, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang, apabila 10 pekerjanya sedang berada di khemah tersebut. Bagaimanapun kerana angin terlalu kuat, gudang penyimpanan barang di Jelapang 2 itu roboh.
Selain daripada kerosakan barang jualan, beberapa cermin serta bumbung gudang berkenaan juga rosak teruk akibat terkena besi gudang yang roboh. Semoga Vida sabar dengan dugaan yang menimpa ini.



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________

No comments:
Post a Comment