30 January 2019

LINDA RAFAR SAMAN 100 'NETIZEN' BERHUBUNG IMEJ & REPUTASI TERCALAR


Isu mengenai penyanyi Linda Rafar yang didakwa menfitnah sekumpulan jururawat di sebuah hospital sebelum ini telah menjadi tular. Perkara itu mendapat perhatian ramai termasuklah Kesatuan kerja untuk para jururawat, Delegasi Jururawat yang ingin mengemukakan tuntutan saman terhadap penyanyi itu.





Terbaru, dalam satu sidang media yang diadakan di Shah pagi, semalam, Linda memberitahu akan menfailkan saman terhadap lebih 100 netizen yang melemparkan kecaman keterlaluan sehingga memburukkan imej dan reputasinya serta nama keluarganya turut tercalar berhubung isu fitnah jururawat itu.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite itu turut menuntut mereka untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial.

"Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka. Selepas itu, baru notis akan dihantar.

"Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang dibuat ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pengguna laman sosial supaya tidak sewenang-wenangnya menulis komen yang berbaur fitnah dan mengaibkan. Jangan sesuka hati nak buli orang lain di laman sosial," katanya.

Linda memberitahu, dia tidak pernah terlintas untuk sampai ke tahap ini dan mahu ianya diselesaikan secara baik. Namun kecaman yang dilemparkan semakin teruk dan berlarutan meskipun ibunya sudah meninggal dunia.

Kata pemilik nama sebenar Azlinda Rafar, 41, lagi, apa yang dilakukan olehnya itu adalah untuk mempertahankan hak ibunya dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Linda yang ditemui pada sesi sidang media itu berkata tindakannya itu mendapat sokongan daripada suami, adik beradik dan keluarga.



"Sebelum mak meninggal, kalau boleh mereka nak saya selesaikan cara baik dengan mengalah dan minta maaf. Ketika itu pun, saya tak terlintas nak sampai tahap ini.

"Tetapi, selepas mak meninggal 11 Januari lalu, perkara ini tak berhenti sebaliknya semakin teruk. Mereka kata sampai bila nak pijak keluarga kami. Atas nasihat peguam dan selepas mengambil kira banyak perkara, saya teruskan notis tuntutan ini.

"Saya tak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu. Lagi pula, ini bukan untuk kepentingan saya seorang tetapi orang lain juga yang pernah mengalami nasib sama," ujarnya.

Linda menjadi artis pertama yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial. Dalam masa sama, kes membabitkan saman jururawat terhadap dirinya sedang berjalan di Mahkamah Shah Alam.

Belum pernah terjadi dalam industri hiburan tanah air dimana artis menfailkan saman terhadap netizen. Apa pun semoga ianya dapat dijadikan pengajaran buat netizen diluar sana.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: