06 January 2019

NADIA MUATNAIK FOTO ANAK - NETIZEN MAHU DIRINYA KUAT SEMANGAT


Isu penceraian antara pelawak Tauke Jambu dan isterinya, Nadia Mohd Affandi kini sedang hangat diperkatakan dan ia tidak terhenti disitu apabila foto terkini anak mereka, Zamatul Khayla Aydina yang dimuatnaik oleh Nadia itu menjadi tumpuan pengikut.





Menerusi akaun Instagram (IG) Nadia, foto anak perempuannya menjadi perhatian walaupun sudah tiga hari ia dimuatnaik.

"My big girl already.. love u syg..mommy pomis akan jaga adik smpai mommy tutup mata.. adik adalah harta yg paling bhrga lam hdup mommy skrg..

Klik untuk gambar besar


"Mommy xperlukan wang ringgit berkepuk2 cukuplah dpt cium belai adik tiap2 hari.. only adik xde yg lain.. adik the reason why mommy kuat skrg 💕 Khayla Aydina," tulis Nadia.

Rata-rata netizen meninggalkan komen memberi kata-kata semangat kepada Nadia serta melahirkan rasa kasihan dengan apa yang telah berlaku.

Semalam, Nadia mengesahkan telah berpisah dengan Tauke sejak masuk tahun baru menerusi kiriman suara yang dihantar di aplikasi Whatsapp.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: