06 January 2019

BARU SEMALAM BUKA IG - ANAK MAT DAN ADA 12,000 LEBIH PENGIKUT


"Kami tidak merancang untuk mengetengahkan anak dalam bidang seni, tetapi jika ada tawaran yang sesuai ia akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian Zayne.





"Bagi kami kewujudan akaun IG itu sekadar untuk memuatnaik gambar dan video Zayne yang sedang membesar, di samping menjadi tatapan ibu bapa saya di luar negara.

"Saya dan isteri sangat terkejut apabila akaun IG yang didaftar dengan nama 'Zaynetyler55' petang semalam sudah diikuti 11,000 pengikut sekali gus menggambarkan sokongan peminat kepada kami sekeluarga," kata Muhammad Kareef Daniel Abdullah, 29, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan.

Baru sahaja diwujudkan petang semalam (Sabtu), akaun Instagram (IG) anak Mat Dan kini diikuti seramai 12,000 ribu lebih pengikut ketika aktikel ini ditulis.

Klik untuk gambar besar


Akaun IG milik Muhammad Zayne Daniel James Tyler yang genap lapan bulan semalam, diwujudkan oleh Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan, 29, untuk memberi kemudahan kepada ahli keluarga terutama ibu bapa Mat Dan yang berada di England untuk mengikuti perkembangan bayinya itu.

Mat Dan berkata, dia dan isteri sebelum ini hanya memuatnaik gambar anaknya itu di IG miliknya dan ahli keluarga dan peminat boleh mengikuti perkembangan anaknya di akaun IG itu.

Bagaimanapun sekarang Zayne sudah genap lapan bulan, justeru saya dan isteri berasa wajar untuk mewujudkan akaun IG miliknya sendiri sekali gus segala perkembangan terbaru Zayne akan dimuat naik ke akaun itu.

Tambahnya, sejak akaun itu diwujudkan, dia menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat berikutan kewujudan akaun itu, malah ada peminat yang teruja dan memintanya memuatnaik lebih banyak gambar dan video berkaitan anaknya di IG.



"Saya dan isteri mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan dan kesudian mereka mengikuti perkembangan Zayne sangat dihargai.

"Merakam gambar Zayne menjadi hobi sampingan kami sekarang, justeru kewujudan akaun IG itu akan membuatkan kami lebih terdorong untuk merakam keletah Zayne pada setiap masa.

"Di samping berkongsi dengan pengikut di IG, segala rakaman video dan gambar Zayne di IG menjadi album kenangan pada masa akan datang," tuturnya.

Mengulas perkembangan terkininya, Mat Dan berkata, dia kini bertugas sebagai penyampai radio di Manis FM dan ke udara setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi dalam segmen 'Manis-Manis Pagi' ditemani Dj Kai dan Dj Nura, selain menjayakan rancangan travelog makanan di salah stesen televisyen.














www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Mat Dan & Zayne Tyler


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: