06 January 2019

TERIMA UGUTAN: "TEMBAK SAMPAI MATI....." - ALTIMET


"Kalau Tuhan kata aku mati kena tembak, aku tutup mulut ke, aku lari sampai bulan ke, kena tembak juga. Nak tembak saya, betul-betul jalankan perintah Tuhan, tembak sampai mati, kalau tak mati tu yang susah tu. Ye tak?





"Peace and love," demikian kata penyanyi rap, Altimet yang mendedahkan menerima ugutan daripada pengikutnya di laman Instagram yang ingin menembak dirinya sekiranya dia tidak menutup mulut.

Altimet bagaimanapn tidak gentar dengan ugutan itu malah mencabar individu itu berbuat demikian sekiranya Tuhan sudah tertulis dia mati kerana ditembak.

Penyanyi lagu 'Amboi' itu berkata demikian ketika membalas komen individu menggunakan akaun nama @jebat_garang yang meninggalkan komen ugutan di foto ketika berada di Johor Bharu baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


"Ini JB bro... Jaga-jaga bro... tutup mulut kalau tak nak kena tembak bro," tulis individu tersebut menerusi ruang komen di laman Instagram Altimet pada Ahad.

Bagaimanapun, individu itu membalas semula komen mengatakan ia sekadar lagu dan mempersoalkan mengapa penyanyi lagu 'Bunga' itu mengambil perkara tersebut secara serius.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mengatakan bahawa individu itu hanya menggunakan akaun palsu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: