23 January 2019

NAFI CERAI KERANA ZURIAT - JUE AZIZ SOLAT ISTIKHARAH, MINTA PETUNJUK


Pelakon Jue Aziz, 35, yang sebelum ini mengesahkan sudah bercerai dengan suami seorang pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal, bagaimanapun menafikan punca penceraian mereka kerana soal tidak mempunyai zuriat selama lima tahun mereka berkahwin.





"Saya akui Bayu melayan saya dengan baik sepanjang hampir lima tahun kami berkahwin, tetapi saya perlu memikirkan kebahagiaan diri sendiri.

"Apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah. Kami bercerai secara baik dan hubungan masih baik. Justeru, tidak perlu untuk saya mengaibkan mana-mana pihak pun," katanya.

Jelas Jue, beliau mendapat kekuatan untuk membuat keputusan bercerai selepas melakukan solat istikharah memohon petunjuk Allah. Baginya bukan mudah untuk memutuskannya namun demi kebahagiaannya sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Saya lakukan solat istikharah memohon petunjuk Allah SWT sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Bukan mudah bagi saya membuat keputusan ini tetapi selepas solat itu, akhirnya saya dapat kekuatan untuk membuat keputusan”

"Pada mulanya, Bayu tidak mahu melepaskan saya tetapi selepas perbincangan lanjut akhirnya dia akur dengan keputusan ini," jelasnya.

Bagaimanapun, Jue enggan berkongsi bila tarikh mereka bercerai dan apa puncanya. Ditanya kenapa dia merahsiakan perceraiannya itu sehingga habis tempoh edah, Jue berkata, ramai yang tidak tahu dia sudah bercerai kerana agak menyepi dalam kerjaya sebagai pelakon.



"Saya tampil membuat pengakuan mengenai perceraian ini kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah selepas ini.

"Saya tidak mahu orang bercakap perkara yang tidak betul mengenai rumah tangga apabila saya hadir ke mana-mana majlis tanpa ditemani suami selepas ini," tuturnya yang mendapat jagaan anak angkatnya, Darwish Naufal, 5, selepas mereka bercerai.

Untuk makluman, Jue berkahwin dengan Bayu pada 9 Mac 2014 tetapi perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Namun pasangan itu mengambil seorang anak angkat yang kini berusia lima tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Jue Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: