23 January 2019

JAMAL ABDILLAH BERHASRAT MAHU ANAK KEDUANYA JADI MUFTI


"Memang hasrat saya untuk melihat Osama menjadi peguam kerana saya mempunyai ramai kawan yang memilih profesion itu. Namun, apabila membesar, saya lihat dia lebih suka menyanyi dan bermain muzik.





"Selepas mendapat maklum balas guru, saya akur dengan minatnya itu dan memutuskan untuk menghantar Osama ke sekolah seni.

"Berbeza dengan Zaki, kecenderungannya lebih kepada bidang akademik. Atas dasar itu, saya berharap sangat untuk melihat dia menjadi mufti yang mampu mengimbangi antara tuntutan dunia dan akhirat.

"Selain mahu dia fasih berbahasa Inggeris dan pandai bermain gitar, sekurang-kurangnya nanti ada insan yang mendoakan saya," demikian kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

Klik untuk gambar besar
Jamal bersama anak sulungnya, Osama Yamani


Seperti bapa lain, penyanyi legenda itu turut menyimpan hasrat untuk melihat anaknya membesar menjadi insan berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Selepas impian untuk melihat anak sulungnya, Osama Yamani menjadi peguam tidak kesampaian kerana lebih cenderung kepada bidang muzik, Jamal berkata, dia kini menyandar harapan kepada anak keduanya, Ahmad Zaki Yamani. Bukan sebagai peguam seperti abangnya, sebaliknya Jamal mahu melihat Zaki menjadi mufti.

Bagaimanapun, penyanyi 'Kekasih Awal dan Akhir' itu belum memaklumkan hasrat itu kepada anaknya kerana setiap keputusan perlu dirujuk kepada bekas isteri.

"Saya tidak tahu bagaimana reaksinya dan bekas isteri kerana belum maklumkan lagi hasrat itu. Insya-Allah, perkara itu akan dibincangkan nanti," ujar penyanyi berusia 59 tahun ini.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: