23 January 2019

UZUR KETIKA HARI TERAKHIR UMRAH - MILA LUAH RASA SEDIH


"Hari ini (22 Januari 2019) hari terakhir saya di Makkah dan kami akan berangkat ke Madinah, saya rasa sedih dan bertambah sedih hari ini saya tidak dapat masuk masjid kerana uzur.





"Semoga saya diberi kesempatan dan dijemput lagi ke sini," tutur penyanyi Mila Jirin yang sedih apabila tidak dapat beribadat di Masjidil Haram pada hari terakhir di Makkah kerana uzur (haid).

Mila atau nama sebenarnya Nor Syarmilla Jirin, 31, memuatnaik video meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila tidak dapat memasuki masjid.

Kata Mila, peluang untuk menunaikan ibadah itu bukan disebabkan seseorang mempunyai duit atau tidak, sebaliknya diizinya olehNYA.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak tahu sama ada diberi kesempatan untuk ke sini lagi atau tidak, ia mungkin yang terakhir kita tidak tahu.

"Ustaz ada beritahu saya, kita mampu datang ke sini bukan sebab kita banyak duit tapi sebab Allah jemput kita untuk datang.

"Insya-Allah semoga Allah jemput saya lagi ke sini," ujarnya yang berangkat ke Tanah Suci pada hari Khamis lalu bersama suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha serta anak, Arif Zikri, 2, bagi menunaikan umrah.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Mila Jirin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: