10 January 2019

'PEKAN' DIJUMPAI 'MISTERI' - RITA TETAP MAHU SIASATAN POLIS DITERUSKAN


Selain bersyukur akhirnya kucing peliharaannya, Pekan sudah selamat ditemui pada jam 2.50 pagi tadi, pelakon Rita Rudaini berkata dia sangat gembira dengan berita tersebut namun Pekan ditemui dalam keadaan yang menyedihkan.





"ALLAHUAKBAR... ALHAMDULILLAH.. 2.50pagi.. sy baru pulang dr balai polis semenyih.. tkasih yg xterhingga pd Sarjan Rahmat dan smua polis di balai polis semenyih krn menyelamatkan PEKAN....

"Sy rasa sgt hepi bila di hubungi dan di beritahu berita gembira ni.... Pekan dlm keadaan yg letih dan murung dan kurus...," tulisnya yang berkongsi berita tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Rita memberitahu, pencarian Pekan dibantu oleh seseorang yang mempunyai banyak maklumat mengenai kucingnya itu.

"Saya juga nak ucapkan byk2 tkasih pd seorg hamba ALLAH ni....ALLAH telah hantar kn dia pd saat sy bersedih n memerlukan pertolongan...byk info mengenai PEKAN yg dia bongkarkan...

Klik untuk gambar besar


"Mulia sgguh hati dia... sejuk perut ibu dia dpt anak berhati mulia.... setiap mlm sy menunggu info dr dia dgn sabar.. Terima kasih, moga ALLAH sj yg membalas jasa adik n family...

"Mulai mlm ni, sy telah menganggap dia spt family sy sendiri.. ada hikmah bila sy post di IG smlm utk viral kan pula gambar peminjam... tiba2 PEKAN muncul.... misteri.. suratan atau kebetulan," katanya lagi.

Menurut Rita, meskipun Pekan sudah ditemui namun dia mahu polis meneruskan siasatan supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya.

"Kes ini akan sy bwk ke peringkat seterusnya.... walaupon telah djumpai, tp byk keraguan yg sy masih blum puas hati kerana cara Pekan hilang dan cara di jumpai semula sgt meragukan...s



"Sy mahu pihak polis teruskan menyiasat kes tersebut dan ambik tindakan sewajarnya...siasat sampai ke lubang cacing...sampai terungkai segala kebenaran.....

"Kerana banyak info 'benar sebenarnya' yg sy dah pegang dr hamba ALLAH yg berhati mulia ini... Tkasih pencinta kucing yg xhenti2 berdoa utk PEKAN dan xhenti DM sy..

"Tkasih kwn2 rapat yg bersama2 dgn sy dlm misi Pekan ... Dan tkasih pd media yg menyiarkan kisah Pekan,” ujarnya.

Minggu lalu, Rita menerusi akaun IGnya memaklumkan kehilangan Pekan serta meminta orang ramai membantu mencari kucing peliharaannya itu.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: