13 January 2019

SYATILLA MELVIN KONGSI FOTO IMBASAN, UMUM ANAK KEDUA 'GIRL'


Menerusi laman Instagram, pelakon Syatilla Melvin telah berkongsi berita gembira dimana dia baru sahaja menjalani imbasan ultra bagi anak keduanya itu.





Isteri kepada pelakon Shahiezy Sam yang kini hamil 25 minggu anak kedua itu meluahkan rasa syukurnya, selain mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan tak lama lagi.

"Tudiaaaaa dia bok keluaqq lidahh pulak bila ibu bapak dia mai tgok dia 😍😍😍. Dulu masa scan matyip pun asyik senyum jaaa, adik dia pun sama 😍😍😍.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah matyip nak dapat ADIK GIRL 💃🏻💃🏻💃🏻💃🏻. Syukur atas rezeki ini Ya Allah ♥️. Adik dia sebijik muka syeriv masa scan dulu 🤰🏼♥️," tulis pelakon 'Selafaz Cinta' itu.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu mendoakan agar kandungan bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu berada keadaan baik.

Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syeriv Samheizy.










www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Syatilla Melvin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: