13 January 2019

SAJAT: "SUARA INILAH YANG BUAT KEUNTUNGAN.... MACAM ABANG2 ASKAR"


"Sis I nak kata dengan you, suara tak penting. Yang penting rupa, poket berkepok-kepok. Kalau suara sedap tapi poket nan hado buat apa. Tak penting.





"Suara inilah yang buat keuntungan. Sebab apa, sebab muka cantik tapi suara macam abang-abang askar. Kan unik tu? Orang dah bosan muka cantik suara sedap. Orang nak dengar yang sesuatu, menakjubkan.

"So bila suara I macam ni dengan muka ala-ala Miss Universe, saya boleh jadi jurucakap," kata usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi, Nur Sajat menerusi sebuah video.

Baru-baru ini, sebuah video yang dimuatnaik oleh Sajat mengundang kecaman apabila penyanyi 'Bobo Dimana' itu menjawab kenyataan seorang netizen yang takut mendengar suaranya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video tersebut, Sajat mengatakan bahawa suara tidak penting, apa yang paling penting adalah rupa yang cantik dan duit yang banyak. Katanya lagi, tiada guna jika memiliki suara sedap tetapi duit di poket tidak seberapa.

Walaupun berada jauh dari Malaysia, nama Sajat tidak pernah lekang daripada kontroversi panas. Jika anda mengikuti perkembangan Sajat kini berada di Dubai mengikuti pengajian kursus dandanan rambut.

Seperti sudah dijangka, video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen dan dibanjiri dengan komen-komen kecaman.

Terdahulu, netizen meluahkan rasa meluat apabila Sajat memuat naik gambar tuala wanita. Kata netizen seorang perempuan tulen tidak akan menguar-uarkan kepada umum jika mereka datang bulan.


KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: