10 January 2019

TAHNIAH - ANZALNA SAH HAMIL, SETELAH TIGA TAHUN MENANTI


Alhamdulillah... setelah tiga tahun menanti dengan penuh sabar, akhirnya pelakon Anzalna Nasir kini sah hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Hanif Zaki.





Berita baik itu dikongsikan oleh Anzalna di laman Instagram miliknya dengan memuatnaik video serta kapsyen dimana mengesahkan dia kini hamil empat bulan.

Dalam video tersebut, Anzalna membuat kejutan mengumumkan perkhabaran gembira itu kepada ahli keluarganya pada sambutan hari lahirnya, 9 Januari lalu.

Anzalna turut meluahkan rasa syukur di atas kurniaan rezeki yang diberikan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar


"Saat yang paling saya nantikan. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya dan bila masa yang sesuai untuk dikurniakan rezeki ini.

"Pada hari istimewa hari jadi saya, saya ingin berkongsikan kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama.

"Benar! Jodoh, rezeki, rezeki zuriat atau ajal maut menjadi rahsia-Nya tak perlu kita mempersoalkannya. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal," tulisnya.



Bagaimanapun setakat ini, Anzalna yang mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada 21 Februari 2016 itu masih belum mendedahkan jantina bayi pertama mereka. Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Tahniah kami ucapkan kepada Anzalna dan suami. Benar kata beliau, perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Kami mendoakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat. Amin.





ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Anzalna Nasir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: