01 January 2019

TAHUN BARU 2019 - ELFIRA LOY & FARIS BERGELAR SUAMI ISTERI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon yang juga ahli perniagaan, Elfira Loy apabila dia kini sah menjadi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, dengan sekali lafaz, pagi tadi.





Difahamkan, pasangan terbabit selamat dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ahmad Sabri Ariffin dalam satu upacara yang bermula jam 9 pagi tadi dan ia berlangsung dalam majlis tertutup di sebuah lokasi di Cyberjaya.

Elfira yang ayu mengenakan persalinan berwarna putih lengkap dengan vel rekaan Rizman Ruzaini yang pernah tular sebelum ini di laman sosial, turut memaklumkan berita pernikahannya dengan berkongsi sekeping gambar di laman Instagram, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Bersama catatan ringkas, Alhamdulillah, perkongsian pelakon berusia 24 tahun itu diiringi ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Klik untuk gambar besar


Hubungan Elfira dan suaminya mula dihidu apabila dia memuatnaik gambar bersama seorang jejaka pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: 'Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan', mencetuskan andaian dirinya sedang dilamun cinta.

Efira bagaimanapun, ketika ditanya mengenai lelaki itu enggan memberikan sebarang kenyataan, malah menafikan cuba melakukan gimik untuk menarik perhatian umum.

Majlis resepsi pasangan yang bertunang dalam satu majlis tertutup pada 2 September lalu itu akan berlangsung pada 5 Januari ini di ibu negara.












www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak, Instagram Elfira Loy & Sari Yanti


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: