Menerusi laman Instagram, penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak keduanya dengan jelas selepas selamat dilahirkan 19 Januari lalu.

Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji wajah comel anak lelakinya itu. Malah ramai yang akui wajahya iras anak pertama Nubhan iaitu Aafiya.
Bayi yang dipanggil dengan nama Cikmad itu dilahirkan secara normal oleh isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek.
Untuk makluman, Nubhan berkahwin dengan Afifah, 29, pada Ogos 2015 dan menyambut kelahiran anak sulung, Aafiya, pada Mei 2017.
Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nubhan
________________________

No comments:
Post a Comment