23 January 2019
JUE AZIZ SAHKAN DIRINYA SUDAH BERCERAI, HABIS EDAH
"Kami bercerai secara baik dan tiada pergaduhan pun. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing.
"Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun," demikian kata pelakon Jue Aziz yang mendedahkan rumah tangganya bersama pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal telah bertemu penghujung.
Jue berkata, dia dan bekas suami itu mengambil keputusan untuk bercerai, namun enggan menyatakan tarikh rasmi mereka berpisah.
Klik untuk gambar besar
Pemilik nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 35, bagaimanapun akui hubungannya dengan bekas suami masih baik.
"Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang," tuturnya yang berkahwin dengan Bayu, pada 9 Mac 2014.
Untuk makluman, sepanjang perkahwinan empat tahun setengah itu, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. Pasangan itu memutuskan untuk mengambil seorang anak angkat, Darwish Naufal, 5.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment