"Ya, memang benar, saya dipelawa oleh SM Entertainment sebagai artis Indonesia yang pertama untuk berkolaborasi bersama kumpulan Super Junior dan saya telah menerimanya," demikian jelas penyanyi Indonesia, Rossa yang bakal berkolaborasi bersama kumpulan penyanyi popular dari Korea iaitu Super Junior.

Memetik laporan Kapanlagi.com, perkara itu telah disahkan sendiri oleh Rossa yang mengatakan dia telah menerima tawaran dari pihak pengurusan Super Junior iaitu SM Entertainment.
Dalam pada itu, Rossa bersyukur kerana diberi peluang dan kepercayaan untuk berbuat demikian. Namun begitu, Rossa masih belum mendedahkan tentang perancangan selanjutnya bersama kumpulan penyanyi kegemaran ramai itu.
Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, www.kapanlagi.com & Instagram Rossa
________________________

No comments:
Post a Comment