06 February 2019

"BOLEH BERLAKON SAMPAI MATI" - TONY EUSOFF MASIH ANGGAP DIRINYA PELAKON


"Saya masih anggap diri saya sebagai seorang pelakon kerana itu merupakan pekerjaan yang saya sangat suka lakukan. Saya rasa saya boleh berlakon sampai saya mati kerana jika saya mempunyai kekurangan seperti kekurangan anggota badan namun saya masih boleh berlakon.





"Sebelum ini saya lebih memilih tawaran yang diberikan bukan sebab apa kerana sibuk dengan benda lain seperti perniagaan," kata pelakon Tony Eusoff yang mengakui ada alasan tersendiri selepas mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonan sejak beberapa tahun yang lalu.

Menurut Tony yang bakal terlibat dalam teater 'Ola Bola The Musical' yang akan dipentaskan tidak lama lagi, dia masih menganggap dirinya sebagai seorang pelakon walaupun sekarang ini kurang mendapat tawaran berlakon.

'Ola Bola The Musical' dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 12 Februari ini sehingga 8 Mac 2019. Orang ramai boleh mula mendapatkan tiket Ola Bola The Musical bermula 15 Januari di Buyticket.Asia.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: